Sunday, 7 October 2012

PRASARANA MBMMBI DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SMK BANDAR KOTA TINGGI

Secara dasarnya MBMMBI adalah seperti berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan P&P
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam P&P
  4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.

Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan P&P
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url http://www.moe.gov.my/mbmmbi

PEMANSUHAN PPSMI SECARA SOFT LANDING
Bagi menyediakan mekanisme soft landing pelaksanaan p&p sains dan matematik dalam BM:
  1. Kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar dalam dwibahasa mulai tahu 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.
  2. P&p sains dan matematik bagi tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahu 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan  itu, peperiksaan sains dan matematik SPM akan dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
PROGRAM MBMMBI DI SMK BANDAR KOTA TINGGI
  1. Meningkatkan prestasi Bahasa Melayu semua tingkatan
  2. Meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris semua tingkatan
  3. Program Intervensi bahasa
  4. Pelaksanaan majlis rasmi sekolah – Perhimpunan mingguan dan majlis lain
  5. Program akademik / Koakademik Bahasa
  6. Kursus Dalaman berkaitan bahasa
  7. Kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan agensi lain berkaitan bahasa
  8. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ( Oktober)
  9. Citra Bahasa / EW20
  10. Program Bacaan NILAM

MAKMAL BAHASA

makmal bahasa SMK Bandar Kota Tinggi
Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.
Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Di SMK Bandar Kota Tinggi Makmal komputer telah dijadikan makmal bahasa. Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan atas beberapa sebab iaitu
  1. Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa;
  2. Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa;
  3. Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah;
  4. Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Objektif :
  1. Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
  2. Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
  3. Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar.
  4. Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.

Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :
   
                      Classroom Monitoring System               English Builder                                      
 
E-kata                                       
  1. Head set
  2. Audio Spliter
  3. LCD Monitor
  4. Classroom Monitoring System (perisian platform bagi perlaksanaan p&p)
  5. Perisian Bahasa ( Bahan p&p bahasa inggeris dan bahasa malaysia

Wednesday, 26 September 2012

DASAR MBMMBI DAN GURU



Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggerisadalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.

Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.


PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN MBMMBI


GURU DAN MBMMBI
  1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
  2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
  3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
  4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
  6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
  7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
  8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
  9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
  10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
  11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.